Hari Kebangsaan Ke 53
Catatan oleh safiudin on 29/08/2010 – 6:35 am -Alhamdulillah, syukur dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT . Hari ini sekali lagi kita di limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera dengan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama.
Saya pasti apa yang kita kecapai hari ini (keamanan dan kemakmuran) adalah hasil usaha perit gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu (apa juga pengorbanan atas nama perjuangan boleh di iktirafkan sebagai pejuang). Oleh itu, kita (termasuk saya) hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.
Sedar tak sedar kita telah berada di penghujung bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 tahun ini adalah 1 Malaysia Menjana Transformasi.
Saya di fahamkan pelbagai program dan pengisian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia dan tidak membabitkan terlalu banyak ucapan oleh pemimpin.
Kredit: Harian Metro
Masalah Laman Sesawang http://safiudin.com
Sejak Jumaat lepas, laman sesawang ini mengalami masalah untuk di kemaskini. Saya masih tercari-cari punca kenapa ianya berlaku.
Maaf, jika anda tidak dapat menatap apa-apa post buat masa ini. Saya dalam usaha (bekerja keras ni……hihihi) untuk proses muat turun post terdahulu.
Apa dah jadi ni…., saya pun tak pasti dan tercari-cari.
Salam Hari Kemerdekaan buat semua. Jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang.


| Posted in »