Bagaimana Cara Allah Memberi Hamba-Nya Hadiah?

.
“Benda yang kita risau, ia akan jadi ujian untuk kita. jika kita risau tentang rezeki, kita akan diuji dengan rezeki. jika kita risau dengan rupa, kita akan diuji dengan rupa.
.
Jalan keluar untuk kerisauan ini adalah kita mesti redha dengan setiap takdir ALLAH SWT.”
.
Manusia jika ingin memberi hadiah,pasti akan membalutnya dengan pembungkus hadiah yang cantik, bereben dan sebagainya. Hadiah yang berharga tidak akan diberi tanpa berbalut.
.
Begitu juga Allah apabila ingin memberi hadiahNya. Allah juga membalut anugerah-Nya yakni dengan sesuatu yang dipanggil kepahitan, kesedihan dan kegagalan.
.
Kadang-kadang Allah tidak memberi sesuatu yang diminta, namun Allah memberi sesuatu yang lebih bernilai daripada itu. Tetapi itu tidak ketara kerana Tuhan ‘membalut’ anugerahNya.
.
Namun yakinlah Allah akan beri itu lebih bernilai berbeza dengan apa yang kita inginkan. Inilah yang akan menyebabkan hati kita menjadi tenang.
.
Ya, pembalut hadiah kita semestinya lebih murah daripada hadiah di dalamnya. Sama juga hadiah dan anugerah yang Allah ingin berikan.
.
Biasanya hadiah jauh lebih mahal dan bernilai jika dibandingkan dengan “pembalutnya”.
.
Justeru, bersabarlah sebentar ketika membuka hadiah untuk mengetahui isi dalamnya seterusnya menikmati hadiah itu.
.
Begitulah, marilah bersabar sebentar menerima kepahitan dan kegagalan semata-mata untuk menikmati anugerah yang masih menjadi rahsia…tetapi pastilah lebih indah dan bernilai berbanding apa yang kita sangkakan.
.
Bismillah
.
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya.”
.

Surah al-Kahfi : Ayat 7
.
Anda diuji dengan kewangan?

Dapatkan disini >> Ebook Terapi Dompet Berisi <<