Archive for the ‘Agama’ Category

Hindari penyakit dengan bersedekah

Tuesday, April 27th, 2010 |

Kalau takde masa nak bukak quran, bukalah web ni... http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

———————————————————————————————————————–

Minggu lalu semasa membaca Harian Metro bertarikh 23 April, saya tertarik dengan tajuk diatas yang berada di bahagian Minda akhbar tersebut.  Hari ini saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan sekadar ingin berkongsi dengan pembaca budiman.

IBNU al-Qayyim berkata bahawa sesungguhnya Allah s.w.t menghindarkan seseorang daripada bermacam-macam bala dengan sebab bersedekah.

Kata Ibnu al-Qayyim lagi: “Perkara semacam ini sudah diketahui oleh ramai orang, sama ada orang awam atau pun orang alim. Semua manusia yang ada di bumi ini mengakui kebenarannya kerana mereka sudah pernah mencuba cara berkenaan.” Selama ini mungkin kita mengetahui ada penyakit boleh sembuh dengan sedekah. Bunyinya macam aneh, tetapi dengan izin Allah semua boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil atas dunia ini. Tiap penyakit ada ubatnya. Manusia berubat dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyembuhkan penyakitnya. Satu kaedah berubat itu ialah dengan sedekah.

Sedekah sesungguhnya memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Apa yang jelas, di samping mendapat pahala dengan sebab bersedekah Allah menyelamatkan diri kita (orang yang bersedekah) daripada musibah atau kejadian yang mengerikan.

Sebagai bukti kita boleh catatkan semula kisah yang disampaikan Ustaz Sayid Juail. Kisah ini diambil dari buku Al-Tadawi bi al-Shadaqah tulisan Hasan bin Ahmad Hasan Humam yang diterjemah ke bahasa Melayu oleh Ummi Hakimah.

“Seorang ayah tiba-tiba mengalami sakit luar biasa. Dia tidak tahu punca sakit itu. Melihat keadaan ayah yang amat sakit itu anak lelakinya segera membawa ke hospital dan dimasukkan ke bilik kecemasan. “Tidak lama kemudian doktor datang memeriksa. Hasilnya, doktor mengatakan bahawa ayah budak lelaki itu menderita penyakit batu ginjal di saluran kencingnya. Jalan terbaik ialah pembedahan.

“Mendengar keputusan doktor, si ayah dan anak lelaki menerimanya dengan pasrah. Tapi sebelum dilakukan pembedahan, mereka mohon penangguhan beberapa hari untuk menyiapkan biaya pembedahan.

“Hari berikutnya anak lelakinya kembali melakukan tugasnya di sebuah syarikat. Kebetulan hari itu dia dapat gaji. Hatinya sangat senang dan bahagia. Ketika dalam perjalanan pulang dari pejabatnya, dia melihat seorang lelaki tua miskin sedang mengumpulkan barang bekas dengan keadaan sangat penat dan letih.

“Melihat orang tua itu, si anak lelaki itu pun berfikir: andai kata dia seperti lelaki tua itu, tentu sangatlah penat dan letih. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberikan seluruh gajinya itu kepada orang tua itu dengan niat semoga Allah akan menyembuhkan penyakit yang dideritai ayahnya.

“Sesampai saja di rumah, dia mendapati wajah ayahnya cukup ceria dan bahagia. Ayahnya berkata: ‘Wahai anakku, Alhamdulillah, tidak berapa lama sebelum kau tiba, ayah merasa sangat sakit di bahagian perut. Kemudian ayah segera menuju ke tandas untuk membuang air besar. Tidak ayah sangka, akhirnya batu ginjal keluar dengan sendirinya. Dan sekarang ayah merasa sangat nyaman dan selesa saat ini.’ “Mendengar perkataan si ayah, anak lelakinya itu menitiskan air mata kerana terharu dan rasa syukur kepada Allah.” Maka benar Allah dalam sabda Nabi-Nya yang bermaksud: “Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan cara berzakat dan hindarilah bala dengan cara berdoa.” Sebenarnya segala aturan kehidupan semua makhluk di dunia ini ditetapkan Allah. Justeru, setiap orang yang beriman sudah sepatutnya untuk tetap melakukan dan berusaha dengan berpegang teguh kepada Allah.

Dan satu perantara yang boleh menjadi sebab bagi kesembuhan dengan izin Allah ialah istighfar dan bersedekah.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: “Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.” Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: “Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah? Kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).” Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Dalam surah al-Syura ayat 49-50, Allah berfirman yang maksudnya: “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya: Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nyadan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak lelaki dan perempuan – dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” Bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Tidak akan jatuh miskin kita kerana bersedekah, sebaliknya kita memperoleh pahala dan ganjaran yang baik dan Allah. Tapi kalau kita bakhil, tunggulah bala dan musibah dari Allah.

Abu Hatim al-Sibiti dalam kitabnya Raudah al-Uqala wa Nuzhah al-Fudhala mencatat begini: “Sifat bakhil adalah pokok yang ada di neraka yang dahan berserta cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke neraka. “Demikian pula kemurahan hati adalah pokok yang ada di dalam syurga yang dahan dan cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke dalam syurga, kerana syurga adalah rumah bagi para pemurah.”

Kredit: Ahmad Sabki Mohd Tahir, Harian Metro

ps: Semoga kita sama-sama mendapat menafaatnya. Insyallah.

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

Pembuka Pintu Rezeki..

Saturday, March 6th, 2010 |

Wanna see the leaked bonus free video the four weeks to freedom?

For sharing….

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata……

“setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh-sungguh).

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah.

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,  rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)… .Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah.

ps: sekadar menyampaikan…

fddc3557bbd6669fc6cf2b010f3f14c01

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

10 sifat peribadi yang mesti dipupuk

Saturday, February 27th, 2010 |

KETIBAAN 12 Rabiulawal 1431 semalam memberi pengertian sangat mendalam buat umat Islam di seluruh dunia kerana menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang turut dikenali sebagai Maulidur Rasul.

Demi meraikan hari bermakna ini, sambutan acara ini tetap diberi perhatian apabila masyarakat di negara ini mendapat cuti umum.

Di sebalik umat Islam beramai-ramai mengenang hari bersejarah itu, ada pula yang berpandangan sambutan ketika ini kurang meriah, cuma perarakan dan bacaan selawat yang lazim diadakan pada setiap tahun.

Hari ini, saya sekadar ingin berkongsi dengan pembaca sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

1. Tulus
2. Rendah diri
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati

Tulus

Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.

Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.

Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.

Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.

Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.

Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.

Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).

Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.

Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.

Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.

Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.

Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.

Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Ramai yang bercita-cita ingin jadi usahawan yang berjaya…Bayangkan 10 sifat peribadi ini akan membawa anda kepada kecemerlangan…Cubalah!
Wallahu a’lam.

fddc3557bbd6669fc6cf2b010f3f14c01

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator


Dapatkan Rahsia Mudah Hamil di sini:Rahsia Mudah Hamil

Produk Percuma Yang Perlu Anda Miliki….

Amalam Jutawan
Rahsia Trafik Jualan
Panduan Cepat Joomla15
Panduan Paypal
Panduan Google Adsense Versi Bahasa Melayu
Panduan Percuma WordPress
Video Percuma

Nama-nama Tanah Haram

Tuesday, February 23rd, 2010 |

Bila melayari laman sesawang Pengalaman Di Kota Makkah, saya terfikir untuk mencari dan berkongsi dengan pembaca budiman nama-nama lain Tanah Haram…

gambar-018

Bumi Makkah al-Mukarramah mempunyai banyak nama dan gelaran yang diberikan. Syeikh Badaruddin al-Zarkashi r.hm. menyenaraikan sebanyak 30 nama bagi kota Makkah al-Mukarramah.  Berikut adalah beberapa nama yang masyhur:

Makkah

Firman Allah Taala yang bermaksud: ”Dan Dialah yang menahan tangan mereka daripada (membinasakan) kamu dan (menahan) tangan kamu daripada membinasakan mereka di tengah kota Makkah sesudah Allah memenangkan kamu ke atas mereka dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Fath:24)

Bakkah

Dari segi bahasa ”bakkah” bermaksud memecah, mencarik atau menunduk. Dinamakan juga
Bakkah kerana perbuatan manusia yang ramai datang kepadanya sehingga bersesak-sesak.
Firman Allah s.w.t. bermaksud: ”Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk
tempat beribadat bagi manusia, ialah Baitullah yang terletak di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.” (Surah Ali Imran: 96)

Al-Baldah

Firman Allah Taala yang bermaksud: ”Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini al-Baldah (Makkah) yang telah menjadikan suci dan kepunyaan-Nya segala sesuatu.” (Surah al-Naml: 91)

Al-Balad

Bermaksud ”negeri atau kota”.  Firman Allah yang bermaksdu: ”Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (al-Balad) (Makkah).  Dan kamu (Muhammad) bertempat di kota Makkah ini.” (Surah al-Balad: 1-2)

Umm al-Qura

Bermaksud ”ibu kampung” atau ”ibu kota”.  Firman Allah Taala yang bermaksud: ”Dan ini al
-Quran adalah kitab yang kami turunkan dan yang diberkati; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) umm al-Qura (Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya.” (Surah al-Syura: 7)

Al-Balad al-Amin

Bermaksud negeri yang aman, lantaran setiap makhluk di bumi Makkah sama ada manusia dan haiwan mendapat keamanan, sejak zaman jahiliah hingga kini.

Firman Allah bermaksud: ”Dan demi kota (Makkah) ini yang aman (al-Balad al-Amin).” (Surah al-Tin:3)

Haraman Aminan

Bermaksud ”tanah haram” yang aman.  Firman Allah yang bermaksud: ”Dan mereka berkata:  ”Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu nescaya kami akan diusir dari negeri kami.” Dan apakah kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah Haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh-tumbuhan) untuk menjadi rezeki (bagimu) dari sisi kami?” (Surah al-Qasas: 57)

Ma’ad

Nama ini bermaksud tempat kembali. Ini merujuk kepada kisah kembalinya Rasulullah s.a.w. ke Makkah pada tahun ke-8 Hijrah setelah baginda dihalau Quraisy sebelum itu.

Firman Allah Taala yang bermaksud: ”Sesungguhnya yang mewajibkan ke atasmu (melaksanakan hukum-hukum) al-Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali (ma’ad).” (Surah al-Qasas: 85)

Al-Qaryah

Firman Allah Taala yang bermaksud: ”Dan Allah telah membuat satu perumpamaan (dengan) sebuah negeri (qaryatan) yang dahulunya aman lagi tenteram.” (Surah al-Nahl: 112)

Al-Masjid al-Haram

Lafaz ini disebut di dalam al-Quran sebanyak 15 kali (tempat).  Antaranya ialah firman Allah bermaksud: ”Dan ingatlah, ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar baitullah bersama Ismail seraya berdoa: ”Ya Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127)

sekadar berkongsi…

fddc3557bbd6669fc6cf2b010f3f14c01

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

Doa orang berdosa ditolak Allah

Saturday, February 6th, 2010 |

”SEBAGAI manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib.”

SEBAGAI manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib.

Bagi mereka yang mengakui dirinya makhluk (yang dicipta) pasti mengadu pada Penciptanya iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.

Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang situasi, membuatkan mereka tidak pernah putus harapan.

Sementara golongan yang lemah iman akan patah semangat untuk berdoa. Dalam benaknya, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya?

Di sinilah kita harus menilai diri sendiri. Siapa kita sebenarnya? Adakah kita ini termasuk orang yang bersih jiwa? Adakah kita mematuhi perintah Allah atau sebaliknya, sedangkan doa akan dimakbulkan (diterima) daripada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.

Andai kita bekerja di sebuah perusahaan, tetapi kita seorang pemalas, ingkar dan banyak melanggar peraturan di perusahaan itu, apakah ketua perusahaan itu akan menunaikan dengan mudah permintaan kita, seperti kenaikan gaji?

Sebagai ketua tentulah dia akan memberi dengan mudah jika pekerjanya itu seorang yang disayanginya, taat peraturan kerja dan rajin.

Demikian juga kita mengandaikan Allah dan hamba-Nya. Jika manusia itu seorang yang taat segala perintah, malah dalam masa yang sama menjauhi larangan-Nya dan rajin beribadat, insya-Allah mudahlah Allah memakbulkan segala doanya.

Jika kita melakukan banyak dosa, akan terhijablah (terdinding) doa kita. Dengan perkataan lain, sia-sia kita berdoa.

Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:

# Dosa kerana mengingkari pemimpin.

Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.

# Dosa kerana tidak taat guru.

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.

# Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.

Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

# Dosa kerana derhaka kepada suami.

Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.”

Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

# Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.

Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

fddc3557bbd6669fc6cf2b010f3f14c01

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

Siapa Lagi Yang Inginkan Pendapatan Daripada Internet Sehingga RM100,000 setahun? . Klik disini sekarang untuk maklumat percuma..

Tip Sedekah Tanpa Wang

Friday, January 8th, 2010 |

Making Money Online is a Real Possibility

Post saya hari ini sekadar berkongsi berkaitan tip sedekah tanpa wang.  Post  ini tercetus setelah selesai bersembang dengan kawan saya Tuan Ramli bin Ismail, MPAG, Alor Gajah pada beberapa hari yang lalu.

Marilah sama-sama lah kita kongsikan tip tersebut.

1.    Sedekah dengan Hati

Niat yang ikhlas dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.  Sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud “Seseorang hamba yang dikurniakan ilmu dan niat yang tulus, ia berkata: ‘Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberi harta dan ilmu).’ Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama”. (Riwayat al-Tirmizi).

2.    Sedekah dengan Lisan

Berzikir – seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir. Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ” Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil juga adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah…” (Riwayat Muslim)

Ucapan yang baik. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perkataan yang baik adalah sedekah.” (Riwayat al-Bukhari) Antara ucapan yang baik ialah:

- Memberi salam.
- Mengajak manusia ke arah kebaikan dan menegah daripada kemungkaran.
- Berlemah lembut sewaktu bercakap dan tidak mengguris hati orang lain.

3.    Sedekah dengan Perbuatan

Senyuman. Rasulullah s.a.w. mafhumnya: “Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah.” (Riwayat al-Tirmizi)

Solat. Solat adalah sedekah untuk diri sendiri.  Berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.

Puasa sunat juga sedekah untuk diri sendiri.

Tidak mampu menunaikan haji dan umrah, tetapi ingin pahalanya? Sabda Rasulullah s.a.w. mafhumnya: “Barang siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti pahala haji.  Barang siapa yang keluar untuk solat Duha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah.” (Riwayat Abu Daud)

Manusia mempunyai 360 sendi dan sedekahnya ialah solat Duha dua raakat setiap hari.

Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan.

Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya.

Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan antara dua orang.

Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.

Menunjukkan jalan kepada seseorang yang sesat serta membantu orang buta.

Memberi minuman kepada sesama makhluk tidak kira sama ada manusia atau binatang.

Memberi pinjaman wang atau mengizinkan penangguhan membayar balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang itu.

Mengajar ilmu.

Menanam apa jua pokok atau tanaman, kemudian dimakan oleh makhluk Allah.

fddc3557bbd6669fc6cf2b010f3f14c0

admin: sekadar menyampaikan.

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

Tentang Saya

© safiudin.com. Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan peribadi. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan  kredit dengan meletakkan alamat http://safiudin.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog, Safiudin Abdul Advis tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.
Lagi..

Ingin melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca atau melanggan melalui email:
Masukkan alamat email:  
Buat carian :