Archive for the ‘Agama’ Category

Jangan SUKA melewat-lewat kan SOLAT

Thursday, November 26th, 2009 |

Post kali ini saya ambil bulat-bulat dari blog rakan saya, Mohd Azli di Makkah. Cerita ini untuk peringatan kepada diri saya dan pembaca budiman… dan sebagai iktibar.

Gambar Hiasan…..

Bismillah….Salam from Makkah…

..pagi pagi nih aku ingin bercerita sesuatu…suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dahulu di sini..KISAH BENAR…..kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini….Kisah yang anda baca ini bukannyer datang dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’araya….Makkah….Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumo 40++ telah meninggal dunia..mereka telah mengusung jenazah beliau untuk di kebumikan Tanah Perkuburan Al-maq alah yakni lebih kurang 2 kilometer dari MasjidilHaram selepas solat zuhur. apa bila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut alangkah terperanjatnyer mereka bila mendapati se EKOR ular yang berwarna HITAM sebesar peha bersisik tebal telah BERADA didalam liang lahat ( dalam kubur tersebut) Subhanallah.keadaan ular tersebut amat mengerunkan..mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di Tanah Perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ.( 8 kilometer jauhnyer )..pabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut rupa rupanyer ULAR HITAM yang sama jugak telah menunggu jenazah wanita yang ingin di kebumikan di situ.Allah huakbar…. mereka mengambil keputusan untuk memindah kan serta mengangkat ular tersebut dah letak kan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu..( yang peliknyer ULAR HITAM ituh tidak melakukan apa apa bila di sentuh oleh mereka ) , selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu tiba tiba ular HITAM yang di letakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru kedalam kubur wanita itu Masyaalah ( seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keaadaan sewaktu ular itu masuk kedalam kubur )..dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan dahan pokok yang di patah patahkan dan apabila mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut alangkah terperanjatnnyer kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu..subhanalah…ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat kejadian itu…selepas di selidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi , rupa rupa nyer sewaktu hayat wanita tersebut SUKA melewat lewat kan SOLAT nyer…

Kepada teman teman blog ku yang disayangi serta my silent reader, marilah kita amik iktibar dan pedoman dari kejadian ini..semoga allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu dari ganguan syaitan dan iblis….insyalah..hanya sekadar bercerita kisah pengalaman ku disini..syukran..wasalam

Kredit : Mohd Azli bin Abdul Aziz, Hotel Al-Safwah Royale Orchid, Makkah

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator


Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah

Thursday, November 26th, 2009 |

Beberapa hari yang lalu, saya menerima email dari seorang rakan meminta untuk di ‘post ‘ kan hikmah disebalik mengucapkan lafaz ‘La ilahaillallah’.

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu… ‘wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan’. Bertanya malaikat ‘Apakah permintaan itu?’.. Berkata burung-burung itu’ Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini’. Berkata malaikat itu, ‘Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah’. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

ps: Sampaikan walaupun satu ayat

Kewajipan mentaati ibu bapa

Monday, September 14th, 2009 |


A Mathematically Unbeatable Home Business

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, persoalan yang ingin saya kongsikan bersama disini adalah “dimanakan ibubapa pembaca sekarang?”

190409-190

Gambar hiasan

Jika mereka masih hidup pulanglah, sementara mereka masih ada di penghujung usia.

Manakala jika mereka telah tiada….. ambillah kesempatan menziarah kubur mereka jika ada peluang.

Apakah kita pasti anak-anak (pewaris kita) akan menjaga kita jika kita telah tua atau seusia ibubapa kita sekarang…

Pelbagai ragam dan alasan anak-anak sekarang dalam menguruskan ibubapa yang telah berusia.  Kadang-kadang anak sendiri tidak mahu menjaga ibubapa sebaliknya menantu yang beria-ria memberikan perhatian.

Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang tinggi. Syariat menetapkan mentaati ibu bapa sebagai satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap anak. Arahan mentaati ibu bapa banyak terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis membuktikan peri pentingnya dilakukan perkara tersebut.

Antara ayat menyuruh berbuat baik terhadap ibu bapa ialah ayat 36 surah an-Nisa bermaksud: ” Sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutu-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu“.

Sesungguhnya Allah perintahkan setiap anak mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Firman Allah dalam bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa“. – (surah al-Ahqaaf, ayat 15).

Anak beriman sudah tentu tidak mengabaikan ibu bapa, terutama yang sudah lanjut usia. Menjaga ibu bapa adalah lebih utama berbanding pergi berjihad di medan perang. Ketetapan ini dapat difahami daripada kisah di mana Rasulullah menolak permintaan seorang anak mudah ingin turut sama berjihad di medan perang, sedangkan dia masih ada kedua ibu bapa yang telah uzur dan memerlukan jagaannya.

Kemuliaan peribadi seseorang dapat diukur berdasarkan kepada bagaimana dia melayan ibu bapanya sendiri. Tidak menghormati ibu bapa adalah tanda kekufuran yang dilakukan oleh orang tidak beriman.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83, menceritakan antara sikap orang berpaling tadah, yakni ingkar perintah-Nya. Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji Bani Israel: janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin serta ucapkanlah kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Tetapi malangnya kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan kamu selalu berpaling tadah.

Keutamaan mentaati dan berbuat baik ibu bapa mendahului pihak lain kerana ibu bapa paling hampir dengan kehidupan seseorang. Ibu menanggung azab dan kesukaran sepanjang sembilan bulan sepuluh hari mengandung dan menyusukan anak selama kira-kira dua tahun. Bapa pula membanting tulang memerah fikiran dan keringat mencari rezeki untuk membesarkan anak.

Justeru itu apa-apa kebaikan yang ingin dilakukan, haruslah diutamakan kepada kedua ibu bapa. Ada orang yang suka belanja kawan dan kepada perkara lain, sedangkan tidak pula menghulangkan sumbangan kepada ibu bapa yang memerlukannya.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 215 bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu apa yang harus mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa sahaja yang kamu nafkahkan itu (dari harta kekayaan) hendaklah diberikan kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim piatu, orang-orang fakir, miskin, orang dalam perjalanan. Apa sahaja kebajikan yang kamu kerjakan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui“.

Ayat di atas dengan jelas menunjukkan kedudukan ibu bapa adalah yang pertama, sebelum dibelanjakan kepada golongan lain. Bahkan, belanja kawan (contohnya belanja makan) tidak termasuk dalam senarai yang dijelaskan. Hal demikian bukan bermakna tidak boleh, tetapi dari segi keutamaan adalah lebih baik mengikut apa yang dianjurkan dalam ayat di atas.

Hati ibu bapa tentu mudah terusik dengan sikap anak yang tidak menurut perintah atau melakukan sesuatu yang biadab. Kata-kata kesat, kasar, bantahan dan ugutan yang diucapkan oleh anak tentulah lebih mudah menjadikan ibu bapa sebak dan menitiskan air mata.

Oleh sebab itu, Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa. Islam menganjurkan agar anak sentiasa bersopan santun ketika bercakap atau melayan ibu bapa.

Firman Allah bermaksud bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut“. (Surah al-Israk, ayat 23).

Biarpun ketaatan kepada ibu bapa itu satu perkara wajib dilakukan, namun ia hanya kepada perkara kebaikan. Sekiranya ibu bapa menyuruh melakukan perkara bertentangan dengan norma kemanusiaan dan hukum agama, maka perlulah ia dibantah.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya surah al-Ankabut, ayat 8 bermaksud: “Kami amanatkan kepada manusia agar menyatuni ibu bapanya. Seandainya mereka memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui, jangan ikut kedua-duanya. Hanya kepada Aku engkau kembali dan akan Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu lakukan“.

Sememangnya terdapat ibu atau bapa bersifat kebinatangan. Kejadian haruan makan anak dan harapkan pagar, pagar makan padi semakin menjadi-jadi. Anak perempuan menjadi mangsa keganasan dan kebuasan bapa sendiri.

Manakala itu terdapat ibu yang hilang sifat keibuannya. Ibu menggadaikan maruah anak gadisnya kepada lelaki buas atau menggalakkan anak mengikuti sikapnya sebagai betina jalanan.

Jika keadaan tersebut, maka tiada lagi ketaatan bagi mengikuti kehendak itu. Namun begitu, ia tidak pula menghalang daripada mentaati dalam keperluan-keperluan lain. Biarpun sejahat mana akhlak ibu atau bapa, mereka masih perlu dihormati sebagai ibu bapa.

Dalam satu riwayat oleh Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh Abdullah bin Amru tentang amalan lebih dikasihi Allah. Lalu Baginda menjawab: Solat dalam waktunya. Tanya Abdullah lagi: Selepas itu apa? Baginda menambah: Berbuat (berbakti) baik kepada kedua ibu bapa. Abdullah bertanya lagi: Kemudian itu Rasulullah? Baginda menjawab: Berjuang di jalan Allah.

Justeru, berhati-hatilah dalam urusan menjaga hak ibu bapa. Sesungguhnya Rasulullah mengsabitkan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan dari golongan muslim.

Tabrani ada meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: Bukanlah dari golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasahi anak kecil kami.

Manakala itu dalam satu hadis Rasulullah menyatakan bahawa dosa paling besar selain menyekutukan Allah ialah menderhaka kepada ibu bapa. Maksud hadis riwayat Bukhari dan Tarmizi: Mahukah kamu aku beritakan antara dosa yang paling besar iaitu menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa.

Balasan terhadap kesalahan menderhaka terhadap ibu bapa akan dirasakan ketika di dunia lagi. Sabda nabi, yang bermaksud: Semua dosa ditangguhkan oleh Allah (seksaan) mana-mana yang dikehendaki-Nya sehingga hari kiamat, melainkan dosa kerana menderhaka dua ibu bapa. Maka sesungguhnya, Allah akan segerakan seksaan dan azab ke atas pelakunya ketika hidupnya, sebelum mati. – (Hadis riwayat Tabrani dan Hakim).

Allah akan meredai usaha seorang anak, jika usaha itu diredai oleh ibu bapanya. Dan Allah akan murka jika ibu bapanya murka. Keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa. Dan kemurkaan Allah juga berdasarkan kemurkaan ibu bapa. – (Hadis riwayat Tarmizi).

Sebab itu kita dapat perhatikan, anak-anak yang derhaka, mengabaikan dan tidak mementingkan tanggungjawab menghormati ibu bapanya, tidak beroleh kebahagiaan dalam hidupnya. Biarpun memperoleh kekayaan, maupun jawatan tinggi, hidup yang dilalui penuh kesengsaraan dan ditimpakan pelbagai malapetaka, termasuklah kesengsaraan jiwa.

admin: al-fatihah buat arwah mak (maimunah baba – 9.3.1987) dan arwah ayah (abd advis mohammad yasin – 14.5.08).

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

Tingkatkan Amal Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Thursday, September 10th, 2009 |

A Mathematically Unbeatable Home Business

Sedar tidak sedar, kini kita sudah berada dipenghujung bulan Ramadan, ada baiknya jika kita renungkan kembali, apakah kita pasti bahawa ibadah puasa yang telah kita lakukan selama ini telah diterima oleh Allah? Apakah kita masih melakukan perkara-perkara yang mencacatkan pahala puasa? Apakah puasa kita layak diberi ganjaran pahala oleh Allah?  atau kita hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa sebarang pahala?.

Sesungguhnya hanya diri kita sendiri yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah kita lakukan. Ini kerana ibadah puasa adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan  akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu ” .

( H.R. Bukhari dan Muslim )

Salah satu hikmah diwajibkan berpuasa adalah untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t.  dalam surah al-Baqarah ayat 183 : ” Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa ” .

Berdasarkan Firman Allah ini, jelaslah kepada kita bahawa kesan puasa bagi orang yang beriman ialah bertambah ketakwaan kepada Allah. Justeru, setelah hampir sebulan kita berpuasa, apakah kita merasai takwa kita bertambah atau berkurang?. Apakah jiwa kita semakin bersemangat membanyakkan amal ibadah atau jiwa kita semakin lalai dan meringankan ibadah?. Apakah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini, kita semakin banyak membaca al-Quran,  banyak bersedekah,  beriktikaf,  banyak berzikir dan beristiqfar ? ataupun pada sepuluh hari terakhir Ramadan ini,  kita habiskan masa dengan membeli-belah, membuat persiapan hari raya yang berlebihan,  meninggalkan sembahyang terawih,  kurang membaca al-Quran dan berbual-bual kosong sehingga melupakan kelebihan di akhir Ramadhan?.

Adalah sungguh bijak bagi kita merebut segala peluang yang Allah sediakan pada hari-hari terakhir Ramadan daripada kita mensia-siakan baki sepuluh akhiar Ramadan. Ini kerana kita tidak pasti lagi sama ada kita berpeluang atau tidak menyambut Ramadan pada tahun hadapan. Kerana sesungguhnya Allah telah menyediakan satu malam yang nilai keberkatan dan ganjaran pahala pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Firman Allah dalam surah al-Qadar :” Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu,  turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar ” . (Surat al-Qadar ayat  :1-5 )

Kita akan merasa kesal jika mensia-siakan peluang keemasan yang Allah sediakan kepada kita iaitu malam Lailatul Qadar. Kerana segala amal ibadah yang dilakukan pada malam tersebut, ganjaran  berlipat kali ganda. Janganlah kita seolah-olah merasakan amal ibadah kita telah banyak sehingga mengabaikan malam tersebut. Malam Lailatul Qadar adalah malam untuk kita melipatgandakan amal ibadah dan mengumpul sebanyak-banyaknya pahala sebagai bekalan ketika bertemu Allah di akhirat kelak. Sedangkan Rasulullah s.a.w. . Sendiri menanti-nanti malam tersebut dan melipatgandakan amalan Baginda, inikan lagi kita sebagai hamba yang banyak melakukan dosa dan sedikit amal. Dalam sebuah Hadis ada menyatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata : ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga ” . ( Hadis riwayat bukhari )

Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :” carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan ” . ( Hadis riwayat bukhari )

Justeru, langkah terbaik supaya kita tidak terlepas peluang keemasan malam tersebut hendaklah kita terus beristiqamah melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan lagi pada sepuluh malam terakhir terutama pada malam-malam ganjil. Janganlah pula kita terlalu sibukkan diri dengan mementingkan persediaan menyambut hari raya sehingga melupakan dan meringan-ringan amal ibadah .

Kita semua menyedari bahawa pada waktu dan saat begini, kemeriahan menyambut awal Syawal atau hari raya semakin dirasai. Masing-masing sudah berkira-kira dan merancang perjalanan untuk pulang ke kampong atau membuat persiapan menyambut hari lebaran. Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan hari raya. Ini kerana hari raya adalah hari kemenangan kita umat Islam melaksanakan rukun Islam ketiga dan berjaya menumpaskan hawa nafsu dan godaan syaitan.

Cuma kita diberi peringatan agar jangan mengabaikan nilai dan roh Ramadan sehingga seolah-olah ibadah puasa yang kita kerjakan langsung tiada memberi kesan yang baik kepada diri kita. Sawajarnya sembahyang terawih yang dikerjakan setiap malam Ramadan dapat membiasakan kita mengamalkan sembahyang-sembahyang sunat yang lain. Kesabaran menahan lapar dan dahaga sepanjang siang Ramadan juga sawajarnya menjadikan diri kita lebih sabar menjalani liku-liku kehidupan. Latihan kesabaran tersebut dapat membuang sikap panas baran, gopoh-gapah dan mementingkan diri sendiri yang mungkin menjadi kebiasaan kita sebelum ini . Begitu juga, berpuasa dapat mengembalikan kesihatan tubuh badan yang mungkin sebelum ini kita tidak berkesempatan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Sesungguhnya  masih belum terlewat untuk kita kembali memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut :

1.    Berusaha membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadan ini seperti sembahyang terawih,  membaca al-Quran, beriktikaf dan bersedekah .

2.    Berusaha mendapat kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatan-Nya terutama pada malam sepuluh terakhir Ramadan.

3.    Sentiasa memohan keampunan dari Allah dan bembebasan dari azab api neraka.

4.    Menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya kita.

Akhir sekali, saya sekadar ingin mengingatkan diri saya dan pembaca budiman supaya peningkatan ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadan diteruskan. Begitu juga kemuliaan sahsiah kita perlulah dipelihara. Janganlah pula kita bertukar perwatakan sebaik sahaja berakhirnya Ramadan. Seterusnya kepada yang ingin pulang menyambut hari raya dikampung, utamakan keselamatan ketika memandu dan jangan memandu mengikut perasaan, memandulah dengan mengikut peraturan dan undang-undang, janganlah kita cuai dan memandu dengan melebihi had laju yang dibenarkan kerana ia boleh mengundang kecelakaan dan membunuh disebabkan oleh kecuaian dan sikap ego kita sewaktu memandu. Sayangilah nyawa keluarga dan para pengguna jalan raya yang lain. Marilah  kita berusaha untuk mengelakkan kemalangan dengan memandu secara berhemah, berdisiplin dan bertimbang rasa. Di samping sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah memohan keselamatan dan keberkatan sepanjang perjalanan kita. INSYA ALLAH .

Kredit Teks: JAKIM, Kuala Lumpur

Try AWeber Email Marketing Risk-Free

I Heart AWeber.com

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

Mukjizat al-Quran

Wednesday, September 9th, 2009 |

”AL-QURAN hanya helaian kertas, tetapi mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam”

percetakan-king-fahd-al-quran

Gambar: Pusat Pencetakan Al-Quran King Fahd di Madinah

Nota:

King Fahd Al Qur’an Printing (Percetakan Al-Quran King Fahd) terletak kira-kira 10 km dari Masjid Nabawi. Anda dapat melihat dari dekat percetakan Al-Quran yang terbesar dan tercanggih di dunia.  Anda boleh  membeli Al Qur’an dan terjemah dalam berbagai bahasa dan berbagai ukuran. Hanya warga lelaki sahaja dibenarkan masuk.

AL-QURAN hanya helaian kertas, tetapi mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam.

Malah, dikatakan tidak sempurna sesebuah rumah itu jika tidak mempunyai kitab suci berkenaan walaupun peng huninya jarang membaca dan menelaahnya.

Meskipun nampak mudah, tetapi manusia tidak mampu menghasilkan kitab yang sehebat al-Quran.

Justeru, sesiapa membacanya diberi ganjaran berlipat ganda dan ia menjadi panduan dalam kehidupan insan.

Bagaimanapun, senario masa kini menyaksikan pelbagai pandangan masyarakat terhadap al-Quran.

Kitab itu tidak dijadikan panduan hidup, malah ada mem bacanya dengan tajwid dan gaya bacaan yang janggal dan tidak tahu makna.

Sesetengah pula gemar membaca surah tertentu, mengikut musim dan adat bahkan tidak kurang hanya membeli sebagai koleksi sehingga ia dibiarkan berdebu ditelan waktu.

Apapun sikap masyarakat Islam terhadap al-Quran, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai hikmah dan mukjizat yang tidak digambarkan dengan ka ta-kata kepada manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Al-Quran yang mengandungi lebih 6,000 ayat dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Kitab, bermaksud sebuah kitab sebagaimana dijelaskan di awal surah al-Ba qarah, al-Furqaan iaitu pemisah hak dan batil, az-Dzikr dengan makna peringatan dan at-Tanzil bermaksud pe nurunan.

Masyarakat Islam wajib mempercayai kitab terbabit ke seluruhan dan berpegang teguh dengannya, malah beriman kepadanya satu daripada enam rukun keimanan, sekali gus tertutup rapat pintu keraguan terhadapnya.

Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 2).

Bagi bukan Islam, sesetengahnya masih sukar mempercayai kitab terbabit, bahkan ditambah dengan kekeliruan di timbulkan segolongan pihak, melebarkan kesangsian mereka terhadap kandungan kitab itu.

Tetapi yang nyata kitab itu tiada sebarang keraguan padanya, dianugerahkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w, malah ia manual yang sesuai diaplikasikan setiap zaman walaupun generasi dan tamadun manusia sentiasa ber ubah-ubah.

Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan men datangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding de ngannya walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Quran, surah al-Isra:88)

Pensyarah al-Quran, hafazan dan taranum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Nilam Puri, Ke lantan, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata kehebatan, kelebihan dan mukjizat al-Quran menandingi yang lain.

Beliau berkata, kitab Taurat dan Injil yang memang dijaga paderi sepanjang waktu boleh berubah, tetapi al-Quran tetap terpelihara daripada perubahan, menjadikannya asli, dahulu, kini dan selamanya.

“Pada zaman Nabi dahulu, seorang bernama Musailamah al-Kazzab cuba menandingi al-Quran, mereka-reka ayat al-Quran seperti surah al-Fiil iaitu mengenai gajah.

“Antara katanya, gajah…apa itu gajah…ada belalai yang panjang. Orang ramai bukannya takjub dengan kepan daiannya itu, tetapi gelak ketawa, sekali gus gagal mem bawakan ayat seumpama al-Quran,” katanya.

Mukjizat al-Quran jugalah memberikan ketenangan, malah melembutkan hati kepada sesiapa yang membaca dan men dengar alunannya.

Bahkan Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengisnya menjadi lembut hati dengan al-Quran.

Dalam satu riwayat, Saidina Umar (sebelum menjadi Mus lim) bersama pedangnya menuju ke tempat Nabi s.a.w dan sahabat yang lain, mencari untuk membunuh baginda. Dalam perjalanan itu, beliau disapa Nu’aim bin Abdullah.

Nu’aim berkata: “Demi Allah, kamu tertipu oleh dirimu sendiri, hai Umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan bebas di muka bumi selepas kamu berjaya membunuh Muhammad! Sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, selesaikanlah dulu urusan ke luargamu.”

Umar bertanya kehairanan: “Siapa yang kamu maksudkan dengan keluargaku dan apa maksudmu?”

Nu’aim menjawab dengan senyum sinis: “Iparmu dan anak saudaramu sendiri, Said bin Zaid, bahkan adikmu sendiri, Fatimah binti Khattab, masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad. Hal merekalah yang harus kamu selesaikan.”

Mendengar jawapan Nu’aim, kemarahan Umar meluap-luap bagai disengat jengking.

Beliau menukar haluan bergegas ke rumah kedua-dua ahli keluarganya itu.

Ketika itu, di rumah Said ada seorang sahabatnya, Khabbab Ibnul Aratt yang membacakan ayat al-Quran kepada me reka.

Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Syair apa yang aku dengar tadi…Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!”

Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah.

Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: “Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.”

Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: “Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.”

Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar.

Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.”

Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.

Lukman berkata, ayat al-Quran tidak seperti teks lain kerana gaya bahasanya tinggi dan hal ini diperakui sendiri kalangan orang Arab yang mahir dalam ilmu bahasa.

“Orang kita, bahkan bangsa lain yang tidak begitu tahu mengenai ilmu bahasa terbabit tidak mampu menilai dan merasai kehebatan gaya bahasa terbabit, sebagaimana orang Arab.

“Tetapi bagi orang Arab, walaupun mereka menilai ke tinggian gaya bahasa dan keindahannya, mereka gagal me ngadakan ayat seumpama itu,” katanya.

Beliau juga menyangkal sekeras-kerasnya, jika ada orang yang mengatakan ayat al-Quran seperti bentuk nyanyian, puisi atau syair.

“Saya sendiri ada melakukan kajian terhadapnya dan me mang terbukti ayat-ayatnya tidak boleh dilagukan seperti nyanyian, syair atau qasidah.

“Ia mempunyai tajwid dan membacanya mesti mengikut hukum terbabit. Inilah keistimewaan al-Quran,” katanya.

Dan ini ialah kitab yang Kami turunkannya yang di berkati…” (al-Quran, surah al-An’anm:155)

Kredit Teks: Idris Musa, MH
Kredit Gambar: AbuSyafwan

Video Anime

A Mathematically Unbeatable Home Business

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

Kelebihan ibadat umrah pada Ramadan

Wednesday, September 2nd, 2009 |

Hari ini, lebih kurang jam 8 pagi (waktu Mekah jam 2 pagi) saya YM Sdr Manzlie,  seorang kawan yang bekerja di Hotel Al Safwah Royale Orchid (betul-betul hadapan Masjidil Haram).

Pelbagai topik yang dibincangkan dari soal kerja, sedikit hal peribadi dan akhirnya topik yang menarik adalah mengerjakan umrah di bulan Ramadan.

Jadi, hari ini saya kongsikan kelebihan ibadat umrah pada bulan Ramadan.

gambar-366
Gambar1 -  jemaah menunaikan Solat Tarawih di Mekah
(kredit kepada http://http://manzlie-makkah.blogspot.com/)

gambar-401

Gambar2 -  jemaah menunaikan umrah Dataran Kaabah
(kredit kepada http://http://manzlie-makkah.blogspot.com/)

UMRAH atau ziarah ke tanah suci Makkah amat dituntut sepanjang Ramadan. Perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu Makkah dan pada bulan mulia, Ramadan.

Dalam hadis, Rasulullah pernah menjelaskan kepada wanita Ansar, Ummu Sinan mengenai kelebihan umrah pada bulan ini.

Baginda bersabda bermaksud: “Apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?”

Wanita itu menjawab: “Keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama anaknya, manakala yang lain dipakai untuk memberi minum anak kami.”

Baginda bersabda lagi: “Umrah pada Ramadan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku.”

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.”

Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram.

Masjidil Haram ialah masjid paling mulia di sisi Allah diikuti Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan Masjid Kiblatain.

Diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran.

Dalam hal ini, ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti Qiamullail, membaca al-Quran dan iktikaf.

Di samping mengerjakan ibadat umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang mengunjungi Masjid Nabawi.

Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala.

Kredit teks: BH, Malaysia
Kredit foto: Manzlie, Mekah

admin: jika pembaca berminat melihat gambar-gambar menarik dari Masjidil Haram, sila klik disini atau layari http://manzlie-makkah.blogspot.com/.

Tentang Saya

© safiudin.com. Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan peribadi. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan  kredit dengan meletakkan alamat http://safiudin.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog, Safiudin Abdul Advis tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.
Lagi..

Ingin melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca atau melanggan melalui email:
Masukkan alamat email:  
Buat carian :