Archive for the ‘Keluarga’ Category
Wednesday, April 28th, 2010 |
Ibu bapa mesti mewajibkan anak-anak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan pagi dalam bahasa inggeris ialah “breakfast“. Mari kita teliti makna “break” dan “fast“. Secara literalnya “break” bermakna “pecah” dan “fast” bermaksud “puasa“. Memang tepat sekali perkataan “breakfast” kerana ia apabila seseorang bersarapan pagi (katakan jam 6.30 pagi) ia seperti “memecahkan puasa” sebab kali terakhir mereka makan mungkin jam 8 malam, mungkin 9 malam sebelum anak-anak tidur, bermakna si anak (kita sekalipun) telah ‘berpuasa’ selama lebih kurang 10 jam.
Sebab itulah dalam Islam, bersahur untuk berpuasa adalah sunnat. Lebih afdal lagi kalau bersahur selewat yang boleh sebelum masuk waktu subuh. Saya juga teringat kata-kata pujangga yang berbunyi: “Makan pagi seperti seorang raja (king); makan tengah hari seperti anak raja (prince) dan makan malam seperti seorang miskin (pauper)“. Pepatah Arab pula ada menyebutkan “Makan pagi seorang diri (makan banyak), makan tengah hari bersama kawan (berkongsi makan, jadi makan secara sederhana) dan makan malam dengan satu kampung (kerana terlalu ramai, hanya boleh makan sedikit)“. Kedua-dua kata-kata di atas menekankanj peri pentingnya makan pagi dan makan dengan jumlah yang banyak. Malangnya budaya kita sekarang, jam 1 atau 2 pagi, berduyun-duyun orang di kedai nasi kandar makan (sambil menonton bola sepak di skrin besar). Itu amalan tidak sihat sebenarnya !
Sarapan pagi akan sebenarnya memberi tenaga kepada mereka untuk menghadapi pelajaran nanti. Menurut Carson Wade dalam bukunya Natural Energy Booster, “Sarapan yang baik adalah pembekal tenaga“. Kata pakar pemakanan itu, “walaupun anda tidak merasa lapar apabila terjaga dari tidur, zat pemakanan yang diperlukan untuk memberi tenaga sudah terhakis dari badan sewaktu anda tidur“. Satu kajiann yang dijalankan oleh University Reading di UK mendapati “pelajar berumur 12 tahun yang tidak bersarapan pagi mempunyai kelembapan otak seperti orang tua berumur 17 tahun” Kelembapan otak diukur dari sudut “reaction time” (masa tindak balas) dan “mental agility” (ketangkasan berfikir).
Catherin Kong, seoeang pakar pemakanan dalam temubual di “Breakfast on 2” TV2 (Rabu, 11 Januari 2006) menerangkan dalam kajian yang dijalankan oleh UKM dengan kerjasama Nestle, majoriti yang tidak bersarapan pagi adalah pelajar Melayu manakala ramai yang bersarapan pagi adalah pelajar Cina. Apakah ini ada kaitan dengan keadaan yang wujud di mana secara umumnya, pelajar Cina lebih ke hadapan prestasi akademik mereka dari pelajar Melayu. Saya tak tahu. Kita fikir dan renunglah !
Ibu dan ayah, jangan bagi alasan tak ada masa. Itu alasan lapuk yang sering digunakan apabila ibu bapa cuba mencari alasan tertentu dalam soal pendidikan anak. Juga jangan bagi alasan “anak saya tak mahu makan pagi“. Ya, memang betul sebab sejak dari kecil lagi mereka tidak dipujuk, tidak di ajak, dan tidak didisiplinkan bersarapan pagi. Fikir dan renung.
ps: sekadar berkongsi…

? Grab this Headline Animator
Posted in Isu Semasa, Keluarga, Tip | No Comments »
Tuesday, April 27th, 2010 |
Beberapa hari lepas, saya telah menulis N3 Selamat Panjang Umur Amirul Zafran, kisah anak lelaki saya yang telah menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) ke 10 pada 20 April lalu.
Saya mengambil album ‘abang’ melihat fotonya dari kecil hingga kini. Tak sedar anak ini telah meningkat usianya dan badan (hehehe…. besar, tegap dan tinggi). Bila saya menceritakan kisahnya atau ragamnya semasa kecil, hanya senyum yang terukir dibibir abang.
Sekadar berkongsi, dibawah saya siarkan beberapa keping foto ‘abang’ semasa kecil..


Foto1: Beberapa hari selepas dilahirkan.

Foto2: Ragam (macam Raja Lawak).

Foto3: Menangis & Mengamuk .

Foto4: Selepas menjalani pembedahan kaki.
Seawal usia empat tahun ‘abang’ telah menjalani pembedahan kaki kirinya yang mengalami masalah ‘bengkok’ disebabkan berat badan yang tidaknya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Saya terpaksan memujuk dan terpaksa menemaninya hingga diberikan suntikan buis. Dah jadi macam doktor saya, lengkap dengan sut pembedahan…. (tak dapat jadi Doktor, dapat pakaian sutnya pun jadilah….hehehe..)
Apa yang menariknya selepas 2 jam pembedahan, abang keluar dari Bilik Pembedahan dan dipindahkan ke wad untuk rawatan susulan. Saya terpaksa mendukungnya dari Bilik Pembedahan ke wad kerana abang tidak mahu/takut menaiki kereta sorong yang telah dikhaskan untuknya.
Letih rasanya mendukung ‘abang’ dengan stail ‘darling carry’ gitu.
Sesampainya sahaja di wad, ‘abang’ berteriak dan menangis,
“…abang tak mahu kaki ni…., abang nak kaki zirafah…”.
“…abang tak mahu kaki ni…., abang nak kaki zirafah…”.
Cuba anda berada di situasi ini, anda nak marah ke nak ketawa…?
Setiap tahun (bulan Oktober) ‘abang’ akan menjalani pemeriksaan susulan sehingga berumur 17 tahun di PPUM.
ps: tersenyum sendiri….jika mengenangkan kisah ini ….

? Grab this Headline Animator
Posted in Keluarga, Peribadi | No Comments »
Saturday, April 24th, 2010 |
Khamis 20 April 2000 sekitar jam 1100 malam, saya di desak oleh Arwah Hajah Hawa binti Arshad, ibu mertua (semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… insyallah) untuk membawa isteri Norfaizah binti Kasim ke Hospital kerana ada tanda-tanda dah nak bersalin.
Saya bersyukur kerana masih diberikan peluang oleh Nya untuk berada disamping isteri semasa proses kelahiran di Bilik Bersalin bersama-sama Dr. Alias Nordin (MBChB. MRCOG). Syukur juga padaNya kerana saya ni bukan lelaki yang alahan kepada darah ke atau kejutan budaya ketika berada di Bilik Bersalin.
Lebih kurang jam 2.43 pagi, (20 April 2000 atau bersamaan dengan 15 Muharram 1421H ) bertempat di Klinik Bersalin Noor Shila, Bukit Baru, Melaka lahirlah seorang lagi ‘pewaris’ saya.
Pewaris ketiga ni.
Pagi tu saya benar-benar ‘gumbira‘ kerana yang lahir anak lelaki … eeehmm maklumlah anak pertama dan kedua perempuan. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepadaNya.
Beberapa ketika saya terfikir tentunya pelbagai ragam dan karenah yang akan terima dan berbeza dengan anak-anak saya sebelumnya. Namun saya yakin segala-gala akan dipermudahkan oleh Allah.
Selepas meneliti beberapa nama (berdasarkan buku) dan dengan persetujuan isteri anak lelaki ini saya berikan nama Amirul Zafran (yang maksud Ketua Kecerdikan) atau senang dengan panggilan manjanya ‘abang‘.
Proses pembesaran berlaku begitu cepat, beberapa hari yang lepas, iaitu 20 April 2010 ‘abang’ telah menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 10 tahun.

Foto: Kek yang dipotong Amirul
(acara telah dibuat lebih awal dari tarikh sebenar)

Foto: Terkini – Amirul Zafran (Pengawas PSS)
Semasa berkira-kira hendak memberikan hadiah, ‘abang‘ meminta pelbagai hadiah yang saya kita tidak sesuai ketika ini (banyak RM perlu dikeluar untuk membelinya
). Lantas ‘abang‘ mencadangkan agar diberikan basikal yang simpan untuk kegunaan sendiri (ronda-ronda untuk keluar peluh). Saya setuju dengan cadangan tersebut dan bersyukur pada Nya kerana ‘abang‘ telah membuat pilihan bijak (sebab saya tak perlu keluar RM dan boleh berjimat).

Foto: Basikal yang mencatat sejarah
Basikal (dibeli dari pihak pengajur) ini benar-benar istimewa kerana telah saya gunakan semasa acara Moh Kayuh Merdeka 2007 dari Putrajaya ke Melaka (sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara 2007).

Foto: Baju yang menjadi kenangan
ps: Alhamdulillah, syukur…. setiap tahun masih mampu meraikannya HUT keluarga walaupun secara ringkas.
pss: Selamat menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) ‘abang‘ .

Posted in Ebook, Keluarga, Peribadi, Sukan | 5 Comments »
Sunday, February 21st, 2010 |
Salam sejahtera semua,
Rabu lalu, 17 Feb 2010, saya sekeluarga menemani perempuan saya Fatin Fathiah melapor diri di MRSM Alor Gajah – MRSM Terbeza….
Sebahagian gambar yang sempat saya ambil untuk ‘post’ kali ini.

Guru-guru MRSM Alor Gajah

Pengetua MRSM Alor Gajah – Tn Hj Mohammad Satari

Banner Pendaftaran Pelajar

Macam Rombongan Chik Kiah
Teruja dan gembira bila anak kedua saya telah melangkah ke ‘asrama’ untuk hidup berdikari… Ya, Allah selamatkan anak ku ini dalam menempuh kehidupan ini….


Produk Perlu Anda Miliki:
Amalam Jutawan
Rahsia Trafik Jualan
Panduan Cepat Joomla15
Panduan Paypal
Panduan Google Adsense Versi Bahasa Melayu
Panduan Percuma WordPress
Video Percuma
? Grab this Headline Animator

Posted in Isu Semasa, Keluarga | 4 Comments »
Wednesday, July 29th, 2009 |

Wanna see the leaked bonus free video the four weeks to freedom?
Another year has gone by, which means it is time for you to start thinking about how to celebrate your anniversary with your partner. As the pressure for a romantic celebration returns, you are suddenly faced with trying to think up new ideas for putting the spark back in your relationship. Not everyone is good at being romantic which makes the holiday more stressful. Instead of stressing yourself out this year, here is a list of romantic anniversary ideas for your partner that will show your commitment and love.
Romance is not just about candles and what goes on when the lights go out. Many women for instance, think it is more romantic if their husbands do the dishes, vacuums the carpets, or puts the kids to bed, thus giving her a break for a change. So for the first romantic act for your partner, go out of your way to make their life easier. Don’t just do this on the day of your anniversary. Begin doing this leading up to your special day. Not only will this remove the stress off of your partner, it will make them have more time to take a moment and appreciate just why they married you and you may be rewarded for your efforts. In addition to helping your partner out everyday, start leaving romantic and loving notes or cards placed strategically around the house. When they wake up in the morning and go to brush their teeth, leave a little note telling them how much you love the way they look every morning. Put one on the steering wheel of their car telling them to have a safe trip to work.
The next romantic idea is even more creative. If you have been married for 10 years, ten days before the big day, give them a rose or flower with a special note attached telling them what you are going to do for them that day, whether it be making them dinner, preparing a bubble bath, or picking up the children from school. As the big day approaches make sure you save your bigger ideas for later. Start out small by mowing the lawn. Then as the big day approaches, prepare dinner or whatever you decide to choose. Don’t forget you can up the ante if you can afford it. If you can afford a bouquet of flowers each day, instead of just one flower, then make that splurge. If you are not good at cooking, hire a personal chef that can come in your home and teach you guys how to make a fabulous meal together. And if you have children, try to get a babysitter to take the kids out for the night, or send them off to grandmas so you can have some alone time. Don’t forget to really rev up the romance by getting a gift basket filled with romantic and steamy candles, lotions, and chocolates. The options are endless, and romance only takes a little thought and effort. Show your partner you really care by taking the time to plan out your anniversary. Don’t forget the classic weekend get-aways are timeless romantic endeavors. Let your imagination guide you into the perfect anniversary!

Posted in Keluarga, Tip | No Comments »
Tuesday, May 12th, 2009 |
Jika anda akan atau baru berkahwin, jangan sekali-kali terlalu negatif terhadap ibu mertua. Biar pun kita kadang-kadang terbawa-bawa dengan kisah ‘kasim selamat’ lakunan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, saya berharap benar anda tidak menganggap semua ibu mertua begitu. Sebagai anak menantu, kita kena berfikiran positif menerima seadanya.
SEBAGAI menantu dalam keluarga perempuan, anda barangkali sukar berkomunikasi sebaiknya dengan keluarga mentua.
Menyesuaikan diri dengan mentua bukan fenomena baru dalam masyarakat kita. Sebagai menantu lelaki, anda mungkin malu atau tidak tahu cara untuk memulakan sesuatu komunikasi.
Isteri boleh membantu melalui pelbagai perkara. Petua berikut juga mungkin boleh digunakan untuk menjadikan hubungan dengan keluarga isteri lebih rapat:
# Sering mengunjungi ibu mentua (jika tidak tinggal serumah) atau sering memerhatikan ibu mentua (jika tinggal serumah). Ini boleh dilakukan bersama isteri atau tidak dan sekali gus mampu mengeratkan hubungan sekeluarga..
# Mengalah dalam sesuatu perkara kerana ibu mentua umumnya sudah berusia lanjut. Mereka lebih sering menggunakan emosi daripada logik. Ibu mentua akan gembira jika anda kelihatan ada kemahuan untuk “menaunginya” dan kelihatan anda mahu “berkongsi kasih” dengannya selain anak perempuannya.
# Kembangkan hubungan dengan mentua perempuan. Ini boleh dilakukan misalnya dengan mengajaknya berbincang mengenai hal yang diminatinya, sering mengunjunginya, mengajaknya berjalan dan belajar untuk melayannya seperti ibu kandung sendiri.
Hal ini dapat membuatkan ibu mentua berasa anda memang memerhatikannya sebagai individu yang dihargai dan diperlukan.
# Babitkan mentua perempuan dalam setiap aktiviti yang dilakukan jika perlu. Misalnya, minta tolong menemani anda dan anak berjumpa doktor atau pergi berbelanja bersama.
# Fokuskan perhatian anda terhadap hal yang baik dalam dirinya dan cuba untuk menghindari pemikiran negatif mengenai dirinya. Misalnya, anda tahu dia adalah tukang masak yang hebat.
Dari sudut positif, anda dapat belajar masak walaupun anda menantu lelaki. Mungkin anda dapat menyediakan makanan lazat ketika isteri berpantang selepas bersalin. Secara tidak langsung, anda meringankan beban ibu mentua yang terpaksa menjaga isteri yang sedang berpantang.
# Jangan mengkritik ibu mentua di depan isteri. Walau bagaimana sekalipun perangai ibu mentua, dia tetap ibu kandung isteri anda. Ingatlah pertalian darah tidak akan hilang sampai bila-bila.
Kata-kata negatif mengenai ibu kandungnya hanya akan membuat isteri semakin menjauh daripada anda.
# Walaupun ibu mentua bukan sahabat tetapi cubalah selami bahawa kehadiran anda dalam kehidupan isteri sudah ‘memisahkan’ dia dengan anak yang dicintainya.
# Banyakkan bersabar dan berdoa. Jangan anggap ibu mentua tidak suka kepada anda. Kaji diri sendiri kerana mungkin selama ini ada sikap anda memang membuatkan ibu mentua tidak berkenan walaupun bukan bererti anda harus mengubah keperibadian diri.
Jika anda bersabar, selalu memberi perhatian dan bersikap positif terhadap ibu mentua, lama-kelamaan ibu mentua juga lembut hatinya.
Jika perilaku negatif dibalas negatif, hasilnya sering tidak menggembirakan. Kebanyakan lelaki mungkin tidak pandai menyesuaikan diri dengan ibu mentua lalu mereka menghindarkan diri daripada ibu mentua yang dianggap merumitkan suasana.
# Istilah “mengambil hati mentua” itu ternyata ada benarnya. Fikirkan suatu hari nanti, isteri anda akan menjadi seorang ibu mentua apabila anda menerima menantu lelaki.
Hidup semakin mudah jika sejak awal, anda sudah menetapkan batasan tegas antara isteri dan ibu kandungnya. Misalnya, tidak membiasakan ibu kandungnya untuk mengurus segala keperluannya atau meminta ibu kandungnya untuk mengatur kewangan anda berdua.
Jika kelakuan ibu mentua sudah melebihi batasan misalnya sudah mencampuri urusan rumah tangga, sudah sampai masa untuk meminta isteri anda menegur ibu kandungnya.
Teguran haruslah dengan kata-kata bersesuaian. Kalau anaknya sendiri yang menegur, tentu si ibu mentua akan cepat memaafkan dan melupakannya. Jika anda yang menyatakannya pada ibu mentua, mungkin hubungan anda dengan dia akan menjadi suram dan kata-kata anda itu mungkin tidak dapat dilupakan.
# Rajin mengambil hati, mungkin dengan membelikan hadiah setiap kali anda bertugas di luar daerah. Misalnya, belikan sepasang kain seperti mana anda belikan untuk isteri. Lihatlah reaksi di wajahnya.
safiudin: anda fikirkanlah….
Posted in Keluarga | 1 Comment »