Archive for the ‘Percuma’ Category
Tuesday, May 4th, 2010 |
Salah satu penyedia blog percuma adalah www.Blogger.com , di sini semuanya percuma. Tetapi sebelum anda boleh buat blog di blogger.com , anda perlu ada akaun dengan Google. Cara yang paling senang adalah dengan menggunakan email dari Gmail. Jika anda tidak mempunyai akaun Gmail, sila rujuk di sini untuk register akaun Gmail.
Kemudian anda login dengan menggunakan akaun Gmail anda. Sejurus selepas anda login, anda disuruh setup dahulu akaun anda. Langkah ini sangat senang, hanya ikut prosedur yang disediakan.
*nota: setiap akaun, boleh menyimpan banyak blog. Jadi jangan risau, anda boleh create seberapa banyak blog yang anda mahu.
Kemudian anda akan dibawa ke menu “Dashboard”. Untuk create blog baru, click.
“Create a Blog”.

Kemudian isikan maklumat yang diperlukan dengan betul, sila rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas. Kemudian click “Continue”.

Kemudian anda dikehendaki memilih “theme” kepada blog anda, pilih yang mana anda berkenan dan click “Continue”.

Sekarang anda telah berjaya mencipta satu blog baru. Tahniah! Sekarang bolehlah anda belajar untuk menggunakan blog tersebut termasuklah buat post pertama anda!
Nak belajar buat post pertama anda? Rujuk di sini.
Kredit: Syed Ikhwan.

? Grab this Headline Animator
Posted in Percuma, Tip, Tutorial, blogspot | No Comments »
Tuesday, May 4th, 2010 |
Sekarang anda sudah ada blog, tetapi anda masih tidak tahu lagi cara untuk buat Post. Jadi di dalam post ini, saya akan ajarkan beberapa perkara asas yang mungkin berguna di dalam anda membuat post di blog anda. Jika anda lihat ada Tittle (di sini anda perlu isi tajuk post anda), kemudian kotak besar (di mana anda akan isikan kandungan artikel anda). Di kotak besar ini ada 2 fungsi (di atas sebelah kanan) yakni “Edit HTML” dan “Compose”. Jadi untuk post yang tidak melibatkan anda mengisi apa-apa code HTML, maka saya sarankan anda menulis post anda di bahagian “Compose”.

Kadang kala di dalam artikel kita, kita ingin selitkan url dari website lain di atas sesuatu perkataan. Proses ini dinamakan hyperlink ataupun anchor text. Jadi, untuk jadikan sesebuah perkataan itu boleh di click ke url lain, maka anda harus highlight dahulu perkataan tersebut, kemudian click pada icon “hyperlink” dan seterusnya masukkan url yang ingin ditujukan. Rujuk gambar di bawah.

Seterusnya adalah cara untuk mewarnakan text anda. Jika anda ingin warnakan sesetengah text, hanya highlight text yang ingin diwarnakan dan pilih warna yang anda berkenan. Sila rujuk gambar di bawah.

Elemen seterusnya adalah untuk memasukkan gambar di dalam post anda. Apa yang perlu anda lakukan, click pada icon yang ditunjukkan pada no 1 (gambar seolah “pemandangan”) dan akan satu popup keluar, kemudian ikuti arahan seterusnya. Sila rujuk gambar di bawah.

Akhir sekali adalah untuk memasukkan element video (contohnya dari Youtube). Langkah pertama adalah buka laman web video dan copy code embed. Kemudian di bahagian post, click pada “edit HTML”. Ini kerana kita nak pastekan code embed di situ. Selepas post, barulah boleh click butang publish. Rujuk gambar di bawah untuk lebih paham.

Jadi setelah melengkapkan post anda, barulah anda click pada butang “Publish Post” dan anda boleh lihat post pertama anda dengan click “View Blog”.
Selamat mencuba!
Kredit: Syed Ikhwan

? Grab this Headline Animator
Posted in Info IT, Pengumuman, Percuma, Tip, Tutorial, blogspot | No Comments »
Tuesday, May 4th, 2010 |
Seperti kita tahu, untuk memulakan perniagaan internet, kita perlu ada email. Jadi saya cadangkan anda register satu email dari Gmail kerana ia banyak memudahkan urusan anda kelak.
Dalam tutorial ringkas ini saya akan terangkan bagaimana untuk register akaun email Gmail semudah A-B-C
1. Mula-mula buka Gmail.com. Kemudian click pada butang “Sign up for Gmail” seperti gambarajah di bawah.

2. Kemudian anda akan dibawa ke paparan seterusnya untuk mengisi detail mengenai peribadi anda. Isikan tempat kosong tersebut.

Ada salah satu ruangan di situ yang mengkehendaki anda mengisi email lain selain Gmail kan? Jika anda tiada email lain, just tinggalkan ruangan tersebut kosong. Kemudian lengkapkan CATPCHA yang disediakan. Kemudian click pada “I Accept. Create My Account Now”
3. Jika anda berjaya create akaun baru, maka anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah ni,

Click pada “I’m ready – show me my account”
Akaun Gmail anda sudah siap! senang bukan?
4. Ok sekarang kita masuk ke dalam inbox akaun email anda.

Maka anda telah pun mempunyai 1 akaun email Gmail.
Bila orang tanya apa email anda? Anda hanya tuliskan nama yang anda register tadi. Kalau anda tak tau, sila tengok anak panah tersebut. Seperti saya, saya nama email yang saya ciptakan tadi adalah “IklanFB@gmail.com”
Simpan password anda baik-baik.
Anda boleh menggunakannya untuk urusan menghantar email, register di forum-forum, register akaun blogger.com, register akaun adsense dan macam-macam lagi!
Selamat mencuba!
Kredit: Syed Ikhwan

? Grab this Headline Animator
Posted in Percuma, Tip, Tutorial | No Comments »
Monday, March 8th, 2010 |

“REPORT PERCUMA YANG WAJIB ANDA MILIKI SEKIRANYA INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET YANG SEBENAR!”
Jangan ambil mudah report ini, ianya penuh dengan panduan dan cara bagaimana anda ingin bina perniagaan internet.
Ramai orang mahu memulakan perniagaan internet, namun masih lagi belum menampakkan hasil yang diharapkan.
Namun, ada juga yang baru beberapa bulan membina perniagaan di internet, sudah pun menunjukkan hasil yang membanggakan.
Apa yang membezakan antara mereka berdua ini?
Salah satu sebabnya adalah mereka sudah menguasai perkara asas bagaimana memulakan perniagaan di internet.
Saya tahu, mungkin ada yang tidak bersetuju, mungkin jawapan anda ialah FOKUS, saya tidak menafikannya, malah itu antara faktor yang melengkapkan kejayaan seseorang.
Namun, perkara asas tetap faktor terpenting sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

Atas sebab inilah, saya hasilkan satu panduan PERCUMA untuk anda baca, fikirkan dan bertindak. Ebook ini bukan sekadar dibaca tanpa melakukannya. Kalau anda mahu begitu, sila jangan dapatkan ebook ini.
Kalau anda mahukan sesuatu yang ajaib, hendak mudah tanpa mahu berusaha sedikit, sekali lagi saya beritahu, JANGAN DAPATKAN EBOOK PERCUMA INI.
Ebook ini ditujukan kepada mereka-mereka yang mahu membina perniagaan internet yang sebenar. Kalau anda orangnya, saya sangat-sangat mengalu-alukan anda dapatkan ebook dibawah ini sekarang juga…sebab, saya tidak janji akan meletakkan di halaman ini percuma sepanjang masa, mungkin saya akan menutup halaman ini dan menjualnya pada masa akan datang.
Klik disini untuk dapatkan SEKARANG JUGA!!


? Grab this Headline Animator


Posted in Ebook, Pengumuman, Percuma | No Comments »
Tuesday, February 23rd, 2010 |

Teknik Pemasaran Emel sudah seringkali dinyatakan sebagai salah satu teknik pemasaran terbaik bagi setiap Usahawan Internet. Tidak dinafikan juga ia adalah salah satu teknik killer yang pastinya menjamin pulangan yang lumayan hanya dengan menghantar emel sahaja, yang penting jika ia kena pada caranya!
Ramai PAKAR usahawan internet, jika ditanya apakah teknik yang mereka gunakan untuk menghasilkan jualan yang begitu banyak dalam tempoh yang berterusan?
Sudah pasti, salah satu tekniknya adalah Teknik Pemasaran Emel (Email Marketing).
Namun begitu, sebelum melakukan teknik pemasaran emel ini, perkara utama yang paling penting yang perlu kita lakukan ialah Melanggan Autoresponder.
Saya pasti, ramai lagi di antara kita yang masih keliru untuk menentukan Autoresponder yang manakah yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan pemasaran emel ini?
Bukankah begitu?
Ada yang masih ragu-ragu lagi sama ada ingin melanggan Autoresponder berbayar ataupun yang percuma sahaja. Apabila melanggan Autoresponder berbayar, sudah tentulah ia memerlukan Kos yang agak mahal, tetapi jika melanggan Autoresponder Percuma, tiada sebarang bayaran langganan yang diperlukan.
Sedarkah kita apa sebenarnya kelemahan Autoresponder Percuma ini? Adakah ia adalah pilihan terbaik jika ingin memulakan Teknik Pemasaran Emel ini?
Bagaimana pula dengan Autoresponder Berbayar? Berbaloi kah melabur wang untuk melanggan autoresponder ini?
Jika persoalan-persoalan di atas bermain di minda anda, saya amat menyarankan agar anda memiliki Ebook Panduan Autoresponder yang baru sahaja dihasilkan oleh rakan saya iaitu Saudara Rahman Basri.
Klik di sini untuk mendapatkannya:
–>> [ http://tinyurl.com/yzpff47]
Psst..!! Ia percuma sahaja

PS: Saya telah pun memiliki ebook ini dan mendapati ia sungguh menarik kerana penulis berkongsi pengalaman beliau semasa melanggan Autoresponder percuma sehinggalah ke Autoresponder berbayar. Rugi jika anda tidak memilikinya!
PPS: Bagi anda yang telah pun melanggan Autoresponder sebelum ini pun, ebook ini sangat sesuai buat anda, kerana pada Bab terakhir, penulis mengupas dengan lanjut beberapa alternatif mengekalkan subscriber asal anda jika ingin beralih ke autoresponder yang lain.


? Grab this Headline Animator

Posted in Ebook, Percuma, Produk | No Comments »
Saturday, February 6th, 2010 |
”SEBAGAI manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib.”
SEBAGAI manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib.
Bagi mereka yang mengakui dirinya makhluk (yang dicipta) pasti mengadu pada Penciptanya iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.
Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang situasi, membuatkan mereka tidak pernah putus harapan.
Sementara golongan yang lemah iman akan patah semangat untuk berdoa. Dalam benaknya, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya?
Di sinilah kita harus menilai diri sendiri. Siapa kita sebenarnya? Adakah kita ini termasuk orang yang bersih jiwa? Adakah kita mematuhi perintah Allah atau sebaliknya, sedangkan doa akan dimakbulkan (diterima) daripada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.
Andai kita bekerja di sebuah perusahaan, tetapi kita seorang pemalas, ingkar dan banyak melanggar peraturan di perusahaan itu, apakah ketua perusahaan itu akan menunaikan dengan mudah permintaan kita, seperti kenaikan gaji?
Sebagai ketua tentulah dia akan memberi dengan mudah jika pekerjanya itu seorang yang disayanginya, taat peraturan kerja dan rajin.
Demikian juga kita mengandaikan Allah dan hamba-Nya. Jika manusia itu seorang yang taat segala perintah, malah dalam masa yang sama menjauhi larangan-Nya dan rajin beribadat, insya-Allah mudahlah Allah memakbulkan segala doanya.
Jika kita melakukan banyak dosa, akan terhijablah (terdinding) doa kita. Dengan perkataan lain, sia-sia kita berdoa.
Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:
# Dosa kerana mengingkari pemimpin.
Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.
# Dosa kerana tidak taat guru.
Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.
# Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.
Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.
Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.
# Dosa kerana derhaka kepada suami.
Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.”
Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.
# Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.
Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.
Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.


? Grab this Headline Animator


Siapa Lagi Yang Inginkan Pendapatan Daripada Internet Sehingga RM100,000 setahun? . Klik disini sekarang untuk maklumat percuma..
Posted in Agama, Pengumuman, Percuma, Produk | 5 Comments »