Archive for the ‘Peribadi’ Category

Selamat panjang umur Amirul Zafran – Bahagian Kedua

Tuesday, April 27th, 2010 |

Beberapa hari lepas, saya telah menulis N3 Selamat Panjang Umur Amirul Zafran, kisah anak lelaki saya yang telah menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) ke 10 pada 20 April lalu.

Saya mengambil album ‘abang’ melihat fotonya dari kecil hingga kini.  Tak sedar anak ini telah meningkat usianya dan badan (hehehe…. besar, tegap dan tinggi).  Bila saya menceritakan kisahnya atau ragamnya semasa kecil, hanya senyum yang terukir dibibir abang.

Sekadar berkongsi, dibawah saya siarkan beberapa keping foto ‘abang’ semasa kecil..

Foto1:  Beberapa hari selepas dilahirkan.


Foto2:  Ragam (macam Raja Lawak).


Foto3:  Menangis & Mengamuk .


Foto4:  Selepas menjalani pembedahan kaki.

Seawal usia empat tahun ‘abang’ telah menjalani pembedahan kaki kirinya yang mengalami masalah ‘bengkok’ disebabkan berat badan yang tidaknya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Saya terpaksan memujuk dan terpaksa menemaninya hingga diberikan suntikan buis.  Dah jadi macam doktor saya, lengkap dengan sut pembedahan…. (tak dapat jadi Doktor, dapat pakaian sutnya pun jadilah….hehehe..)

Apa yang menariknya selepas 2 jam pembedahan, abang keluar dari Bilik Pembedahan dan dipindahkan ke wad untuk rawatan susulan.  Saya terpaksa mendukungnya dari Bilik Pembedahan ke wad kerana abang tidak mahu/takut menaiki kereta sorong yang telah dikhaskan untuknya.

Letih rasanya mendukung ‘abang’ dengan stail ‘darling carry’ gitu.

Sesampainya sahaja di wad, ‘abang’ berteriak dan menangis,

…abang tak mahu kaki ni…., abang nak kaki zirafah…”.

…abang tak mahu kaki ni…., abang nak kaki zirafah…”.

Cuba anda berada di situasi ini, anda nak marah ke nak ketawa…?

Setiap tahun (bulan Oktober) ‘abang’ akan menjalani pemeriksaan susulan sehingga berumur 17 tahun di PPUM.

ps: tersenyum sendiri….jika mengenangkan kisah ini ….

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

Selamat Panjang Umur… Amirul Zafran.

Saturday, April 24th, 2010 |

Khamis 20 April 2000 sekitar jam 1100 malam, saya di desak oleh Arwah Hajah Hawa binti Arshad, ibu mertua (semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… insyallah) untuk membawa isteri Norfaizah binti Kasim ke Hospital kerana ada tanda-tanda dah nak bersalin.

Saya bersyukur kerana masih diberikan peluang oleh Nya untuk berada  disamping isteri semasa proses kelahiran di Bilik Bersalin bersama-sama Dr. Alias Nordin (MBChB. MRCOG). Syukur juga padaNya kerana saya ni bukan lelaki yang alahan kepada darah ke atau kejutan budaya ketika berada di Bilik Bersalin.

Lebih kurang  jam 2.43 pagi, (20 April 2000 atau bersamaan dengan 15 Muharram 1421H ) bertempat di Klinik Bersalin Noor Shila, Bukit Baru, Melaka lahirlah seorang lagi ‘pewaris’ saya.

Pewaris ketiga ni.

Pagi tu saya benar-benar ‘gumbira‘ kerana yang lahir anak lelaki … eeehmm maklumlah anak pertama dan kedua perempuan.  Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepadaNya.

Beberapa ketika saya terfikir  tentunya pelbagai ragam dan karenah yang akan terima dan berbeza dengan anak-anak saya sebelumnya. Namun saya yakin segala-gala akan dipermudahkan oleh Allah.

Selepas meneliti beberapa nama (berdasarkan buku) dan dengan persetujuan isteri anak lelaki ini saya berikan nama Amirul Zafran (yang maksud Ketua Kecerdikan) atau senang dengan panggilan manjanya ‘abang‘.

Proses pembesaran berlaku begitu cepat, beberapa hari yang lepas, iaitu 20 April 2010 ‘abang’ telah menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 10 tahun.

Foto: Kek yang dipotong Amirul

(acara telah dibuat lebih awal dari tarikh sebenar)


Foto: Terkini – Amirul Zafran (Pengawas PSS)

Semasa berkira-kira hendak memberikan hadiah, ‘abang‘ meminta pelbagai hadiah yang saya kita tidak sesuai ketika ini (banyak RM perlu dikeluar untuk membelinya :) ).  Lantas ‘abang‘ mencadangkan agar diberikan basikal yang simpan untuk kegunaan sendiri (ronda-ronda untuk keluar peluh). Saya setuju dengan cadangan tersebut dan bersyukur pada Nya kerana ‘abang‘ telah membuat pilihan bijak (sebab saya tak perlu keluar RM dan boleh berjimat).

Foto: Basikal yang mencatat sejarah

Basikal (dibeli dari pihak pengajur) ini benar-benar istimewa kerana telah saya gunakan semasa acara Moh Kayuh Merdeka 2007 dari Putrajaya ke Melaka (sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara 2007).

Foto: Baju yang menjadi kenangan

ps: Alhamdulillah, syukur…. setiap tahun masih  mampu meraikannya HUT keluarga walaupun secara ringkas.

pss: Selamat menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) ‘abang‘ .

Pameran Buku Antarabangsa 2010

Wednesday, March 31st, 2010 |

Blog Atuk  – Pahala Hindari Dosa

(Banner diatas adalah atas usaha sendiri)

Saban tahun saya dan keluarga tidak ketinggalan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur.  Rutin tahunan ini saya lakukan sekali lagi pada 27 Mac 2010  untuk ke Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC, Kuala Lumpur.

Pintu masuk

Saya dan keluarga sampai lebih kurang jam 6 petang.  Pengunjung ramai dan bersesak juga untuk ke setiap ruang pameran.

Isteri dan anak-anak (anak No 2 tidak turut serta)

Saya dan anak-anak

Setelah berhempas pulas mencari buku bacaan yang sesuai. Kami sekeluarga telah membeli buku dibawah.

Buku untuk bacaan isteri dan anak-anak

Buku yang dibeli untuk bacaan saya

Alhamdulillah, saya sekeluarga selamat sampai di rumah (Masjid Tanah, Melaka) sekitar jam 1200 tengahmalam.

ps: Setiap bulan saya memperuntukkan RM100.00 untuk membeli buku bacaan seisi keluarga (tidak termasuk akhbar harian).

Belajar membina banner dengan photoshop CS4

Friday, March 26th, 2010 |

Dalam perjalanan balik dari mengambil anak di rumah pengasuh (lepas habis kelas Tadika Kafa, anak akan diambil oleh pengasuh). Terfikir dalam hati, apa lah nak buat petang ini. Bosan pulak, almaklumlah sejak dah ‘bersara’ ni.

Kebetulan pulak, isteri kena masuk kerja semula jam 2.30 petang (ada seminar).

Apa nak buat ni….?  Tiba-tiba terpandang aje Panduan Membina Banner Dengan Photoshop CS3/CS4 pemberian dari Sdr Aridz.  Panduan ini diberi oleh Sdr Aridz semasa saya menghadiri kursus tempohari.

Saya merancang nak cuba membina banner untuk laman blog Tn Hj Mohammad Azli bin Abdul Aziz (bekerja di Hotel Al Safwah Royale Orchid, Makkah Al-Mukarramah). Alah, blog Pemandangan Di Kota Makkah tu..

Pernah ke anda melawat ke blog ni?  Hah!, kalau tak pernah cubalah melawat, terasa damai dengan ‘n3′ dan gambar yang dipaparkan.  Cubalah klik disini jika nak ke blog tu….

Berpandukan panduan yang disediakan oleh, saya cuba membina banner dengan berhati-hati.

Selepas siap gambar yang dikehendaki menggunakan Photoshop CS3/CS4. Saya ‘upload’ kan semua gambar-gambar yang diperlukan.

Lepas tu, terfikirlah pulak macam mana nak buat kod html nya. Ini bukan kerja main-main ni… mengalah ke tidak ni….

Saya cuba buat tetapi asyik ‘try and error‘ aje beberapa kali. Last sekali saya buat perbandingan dengan beberapa banner yang ada.

‘Godek’ punya ‘godek’ kod html telah terhasil….

Jeng, jeng, jeng, jeng……. gempak ni..

Akhirnya ini lah yang terhasil… (lihat dibawah).

Untuk maklumat anda, jika banner ini di klik, anda akan terus di bawah ke blog tersebut.  Cubalah….

Alhamdulillah, syukur. Berjaya juga akhirnya walaupun terkial-kial. Betul lah kata orang….”Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih“….

Jutaan terima kasih kepada Sdr Aridz kerana telah mengajar saya. Teruja rasanya.

Hari ini Jumaat 26 Mac 2010, terlakar satu lagi sejarah diri…

Dalam hati berkata-kata….”kalau dah boleh buat banner macam ni…, dah tentu boleh buat duit…...”

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

'Target' Tunai Haji 2 ke tahun lagi… insyallah…

Monday, March 22nd, 2010 |

Dah empat minggu saya cuba kosongkan diari harian untuk mencari ilmu berkaitan Fardu Haji.

Buku Panduan dan Beg

Gambar: Buku Panduan dan Beg

Saya sedaya upaya meluangkan masa mulai jam 9 pagi hingga 11 pagi setiap hari Ahad untuk mengikuti majlis ilmu berkaitan haji anjuran Lembaga Tabung Haji (Cawangan Masjid Tanah)…. yang diadakan di Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah, Melaka.

Terasa dekat benar bila dapat sama-sama belajar dan mengikuti pembelajaran dari ustaz yang telah diatur oleh pihak Lembaga Tabung Haji…

Walaupun hanya 71 jemaah (untuk tahun 2010) yang telah dipilih, namun hampir 300 orang yang datang belajar…. alhamdulillah, syukur pada Allah..

Bertambah dekat lagi hati bila hampir setiap hari cuba meluangkan masa melayari laman sesawang  Pemandangan Di Kota Makkah milik Tuan Hj Mohammad Azli bin Abdul Aziz…

Gambar tertunda yang disiarkan seolah-olah mengamit dan bagai ditarik-tarik hati agar cepat di sana (Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawarrah).

taneem-mosque

Catatan dan gambar terbaru adalah berkaitan jom-pi-masjid-taneem… (klik gambar di atas atau disini, jika nak lihat dan baca catatan lain…)

Teringin kata-kata Prof Muhd Kamil Ibrahim … dimukasurat  13, dalam buku Travelog Haji – Mengubah Sempadan Iman.

“…..ia sering dinyatakan, menunaikan fardu Haji secara holistiknya adalah jemputan istemewanya.  Terlampau ramai yang mahu pergi tetapi terhalang dengan pelbagai sebab dan kejadian.  Sehinggakah ada antara mereka yang sudah mempunyai pasport dan gelang haji tetapi terpaksa ditangguhkan pemergian…”

dan

“…  ada juga kes, secara tiba-tiba tergerak hati, isi borang, buat rayuan dan seterusnya tiba di Tanah Suci menunaikan fardu haji. Benar, ia adalah jemputan daripada ‘tuan rumah’, pencipta yang maha agung.  Dalam kebanyakan kes, ia kelihatan dirancang, mengikuti jadual dan tanpa sebarang kecoh-kecoh yang luar biasa….”

Saya merancang untuk menunaikan fardu haji dalam tempoh 2 tahun lagi (insyallah), iaitu antara umur 45 tahun dan sebelum 50 tahun. Jika dikira saya hanya mempunyai sekitar 2 hingga 7 tahun untuk proses pembelajaran.

Saya hanya merancang, kuasa Allah yang menentukan segala-galanya.

fddc3557bbd6669fc6cf2b010f3f14c01

ps: doakan saya…

http://safiudin.com/

? Grab this Headline Animator

Teringatkan arwah ibu..

Wednesday, March 10th, 2010 |

01-alfatihah

Hari ni dah masuk dua hari, hati saya berdebar dan sayu kerana semalam 9 Mac adalah tarikh kembali ke rahmatullahnya arwah ibu saya, Allahyarham Maimunah binti Baba.

Sayu dan insaf mengenangkannya. Seingat saya, arwah akan menunaikan setiap permintaan saya.. mintalah menu apa, pasti esok menu itu akan terhidang di atas meja.

Allahuakbar.

Terharu benar kerana arwah telah meninggalkan saya sejak 23 tahun yang lalu. Tiada lagi senyum dan tawa arwah sejak Mac 1987. Kerinduan terubat apabila saya mengambil kesempatan menziarahi pusaranya..

p3080182

Gambar: Inilah pusara Allahyarham Maimunah binti Baba.

Ya Allah, tempatkan arwah bersama-sama orang yang beriman dan soleh.

fddc3557bbd6669fc6cf2b010f3f14c01

Tentang Saya

© safiudin.com. Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan peribadi. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan  kredit dengan meletakkan alamat http://safiudin.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog, Safiudin Abdul Advis tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.
Lagi..

Ingin melanggan?

 Melanggan sebagai pembaca atau melanggan melalui email:
Masukkan alamat email:  
Buat carian :