Selamat Panjang Umur… Amirul Zafran.
Saturday, April 24th, 2010 |Khamis 20 April 2000 sekitar jam 1100 malam, saya di desak oleh Arwah Hajah Hawa binti Arshad, ibu mertua (semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… insyallah) untuk membawa isteri Norfaizah binti Kasim ke Hospital kerana ada tanda-tanda dah nak bersalin.
Saya bersyukur kerana masih diberikan peluang oleh Nya untuk berada disamping isteri semasa proses kelahiran di Bilik Bersalin bersama-sama Dr. Alias Nordin (MBChB. MRCOG). Syukur juga padaNya kerana saya ni bukan lelaki yang alahan kepada darah ke atau kejutan budaya ketika berada di Bilik Bersalin.
Lebih kurang jam 2.43 pagi, (20 April 2000 atau bersamaan dengan 15 Muharram 1421H ) bertempat di Klinik Bersalin Noor Shila, Bukit Baru, Melaka lahirlah seorang lagi ‘pewaris’ saya.
Pewaris ketiga ni.
Pagi tu saya benar-benar ‘gumbira‘ kerana yang lahir anak lelaki … eeehmm maklumlah anak pertama dan kedua perempuan. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepadaNya.
Beberapa ketika saya terfikir tentunya pelbagai ragam dan karenah yang akan terima dan berbeza dengan anak-anak saya sebelumnya. Namun saya yakin segala-gala akan dipermudahkan oleh Allah.
Selepas meneliti beberapa nama (berdasarkan buku) dan dengan persetujuan isteri anak lelaki ini saya berikan nama Amirul Zafran (yang maksud Ketua Kecerdikan) atau senang dengan panggilan manjanya ‘abang‘.
Proses pembesaran berlaku begitu cepat, beberapa hari yang lepas, iaitu 20 April 2010 ‘abang’ telah menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 10 tahun.
Foto: Kek yang dipotong Amirul
(acara telah dibuat lebih awal dari tarikh sebenar)
Foto: Terkini – Amirul Zafran (Pengawas PSS)
Semasa berkira-kira hendak memberikan hadiah, ‘abang‘ meminta pelbagai hadiah yang saya kita tidak sesuai ketika ini (banyak RM perlu dikeluar untuk membelinya
). Lantas ‘abang‘ mencadangkan agar diberikan basikal yang simpan untuk kegunaan sendiri (ronda-ronda untuk keluar peluh). Saya setuju dengan cadangan tersebut dan bersyukur pada Nya kerana ‘abang‘ telah membuat pilihan bijak (sebab saya tak perlu keluar RM dan boleh berjimat).
Foto: Basikal yang mencatat sejarah
Basikal (dibeli dari pihak pengajur) ini benar-benar istimewa kerana telah saya gunakan semasa acara Moh Kayuh Merdeka 2007 dari Putrajaya ke Melaka (sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara 2007).
Foto: Baju yang menjadi kenangan
ps: Alhamdulillah, syukur…. setiap tahun masih mampu meraikannya HUT keluarga walaupun secara ringkas.
pss: Selamat menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) ‘abang‘ .





