‘Gathering’ dari alam maya ke realiti…
10 Jan 2010 ini satu sejarah akan tercipta (biar betul ni
).
Apa taknya, pada tanggal tersebut satu pertemuan “PERTEMUAN “RAMAH MESRA SESAMA KITA” dari alam maya ke alam realiti… akan berlangsung.
Untuk maklumat semua, selama ini tidak terfikir pun boleh buat perjumpaan. Ya lah, sekadar beri komen dalam blog Pengalaman Di Kota Makkah.

Tuan punya blog PDKM
Blog tersebut kepunyaan Sdr Tuan Haji Mohd Azli bin Abdul Aziz, bekerja di Hotel Al Safwah Royale Orchid (hotel tersebut terletak betul betul di hadapan Masjidil Haram, Makkah).
Alih-alih ada perjumpaan. Hebat, teruja dan insaf - betapa kecilnya dunia ini.
Butiran terperinci adalah seperti dibawah:
Tarikh : 10 Januari 2010
Hari: Ahad
Tempat : Masjid Muadz, Setiawangsa, Kuala Lumpur
Masa : 2.00 petang hingga 5.30 petang
Tema : Ramah Mesra Warga Pengalaman Di KOta Makkah (singkatannya PDKM)
Jamuan : Hi Tea
Bayaran: Tiada bayaran (percuma lah tu..)
Kehadiran: Semua pembaca dan peminat PDKM
Jika ada pembaca yang berminat boleh mendaftar nama pada Presiden GPK Cikgu Mas melalui email masurieya@gmail.com untuk Majlis Ramah Mesra tersebut.
Untuk memudahkan pembaca peta lokasi seperti dibawah:

Peta untuk ke lokasi “Majlis Ramah Mesra PDKM…” ke Masjid Muadz

Pintu Gerbang Masjid Muadz sedang menunggu kedatangan anda semua..insyalah

Pandangan dari Luar pagar Masjid Muadz…
ps: selamat hari ulangtahun Tuan Haji Mohd Azli bin Abdul Aziz
pada 3 Jan 2009.
pss: betapa kecilnya dunia ini…
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Bacaan Tambahan:





























January 7th, 2010 at 11:46
salam
Menarik pulak iklan dari safiudin ni..syabas..
mohn izin utk copy dan paste. insya ALLAH perjumpaan yg di berkati dan di restui ALLAH. Salam ukhuwah kita tebarkan
terimakasih
January 8th, 2010 at 11:24
salam ainhany,
terima kasih.
apalah sangat iklan ini. segala-galanya dari Allah, saya sekadar penyampai aje..
ambillah…
February 4th, 2010 at 20:31
Has anyone seen the new way to make money with youtube? They make 200 videos for you, and guarentee you at least 20,000 views for your business. Check it out: http://budurl.com/feps