Tempahan pingat – buat mounting…
Minggu lepas, saya menerima kunjungan seorang rakan lama saya, Pegawai Waren II Truna Osman yang meminta saya membuat/membetulkan/menyambung (buat mounting) Pingat Miniature beliau untuk digunakan sempena Majlis Makan Malam Rejimental pada 14 Mac 2010.
Saya secara jujurnya saya telah hampir 6 bulan meninggalkan tugasan sampingan ini untuk mendapatkan wang tambahan, namun atas niat menolong saya cuba membantu beliau bagi merealisasikan hasratnya (selama ini pun beliau menghantar kepada saya).

Gambar 1: Buah pingat miniature yang dihantar…

Gambar 2: Susunan buah pingat miniature yang telah siap.
Saya bersyukur kerana masih dipercayai untuk membuat/membetulkan/menyambung (buat mounting) untuk kegunaan beliau. Harga yang dikenakan pun saya kira berpatutan dan boleh dirundingkan.




2 Responses to “Tempahan pingat – buat mounting…”
By fazli on Apr 12, 2010 | Reply
yasalam en saifuddin..sy tertarik dgn tugasan sampingan tuan berhubung pingat kebesaran. boleh saya dapat info berkaitan susunan pingat. mana yg perlu didahulukan dan macamana susunannya. cth pingat PPA, adalah pingat terawal diperolehi kebiasaannya oleh setiap anggota, jika pingat ke-2 adalah dari persekutuan,maka bagaimana susunannya?
mohon bantuan tuan.
By admin on Apr 12, 2010 | Reply
salam fazli,
terima kasih kerana sdr berminat untuk mempelajarinya…
untuk pengetahuan saudara, susunan pingat bergantung
kepada kekananan sesebuah pingat dan bukan
bergantung kepada tarikh bila kita dapat pingat tersebut.
baiklah, jika kita jadi kes diatas sebagai contoh..
jika pingat PPA (pingat terawal diterima) dan
selepas itu pingat persekutuan pula diterima. kita kena susunan seperti berikut:
contoh:
AMN (sebarang pingat persekutuan), PPA
semoga membantu sdr.
jika ada sebarang masalah sila email saya di safiudin@safiudin.com