Disebalik kecantikan Bandar Kashgar di China, tersimpan 1001 kedukaan yang lama dipendam.

Mungkin ramai yang belum tahu, sebenarnya di China terdapat 1 daerah yang majoritinya penganut agama Islam.

Adakah anda pernah dengan mengenai Etnik Uighur? Ya, mereka adalah salah satu etnik beragama islam yang menetap di bahagian Barat Negara China.

Disebalik keindahan semulajadi yang cantik, senibina yang memukau, kecantikan wajah Etnik Uighur, terdapat kisah hitam yang lama dirahsiakan dari dunia. Baru-baru ini, kisah hidup mereka mula mendapat perhatian dunia.

Sebut pasal Uighur dan Islam ni, teringat saya semasa berbasikal merentasi 14 buah negara dari Malaysia menuju ke Mekah Al-Mukaramah.

Kami sangat teruja bila kami berjumpa sendiri dengan Etnik ini. Kami tidur dan makan bersama mereka.

Kami sendiri tidak tahu akan kewujudan Etnik Uighur ini sehinggalah kami menjejakkan kaki ke Negara China dan memasuki wilayah Xinxiang. Kami terkejut, di setiap signboard ada tulisan hampir serupa dengan tulisan jawi dan arab!

Kami pelik kenapa Etnik Uighur ni susah betul nak senyum, masa tu kami tak tahu pun yang Etnik ini ditindas sejak sekian lama.

Bila dah lama berkayuh di Kashgar, baru kami tahu bagaimana nak mula bersembang dengan Etnik ini. Banyak rahsia Etnik ini yang kami dapat! Alhamdulillah.

Mungkin banyak lagi kisah yang anda belum tahu mengenai Etnik Uighur ini. Semua kisah ini kami abadikan di dalam novelog Ustazah Basikal Siri 1 dan 2.

Oleh sebab ramai suka sangat baca buku ni, maka saya rekemen sangat untuk kawan-kawan dapatkan novelog Ustazah Basikal ni. Luar biasa hebat kisahnya! (pembaca cakap..hihii.

Beli di sini, Ustazah Basikal

Siri 1 setebal 700++ muka surat. Siri 2 setebal 1000++ muka surat. Tebal kemain. Tapi jangan risau, sekali baca pasti tak boleh berhenti.

Mari isi waktu PKP kita dengan bahan bacaan bermanfaat dan memberi inspirasi.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *